Saturday 31 August 2013

Sejarah Yang Digelapkan

salam n moshi moshi,
ok,
post yang ni,
aku just copy n paste,
hehe...


Perjuangan menuntut kemerdekaan telah bermula sejak:

1511 – 1641 Perang menentang Portugis 

1782 - 1784 Perang menentang Belanda 
1786 – 1928 Perang kaum tani menentang British

Peringkat kedua perjuangan:
1941 - 1945 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang Jepun
1946 - 1948 Perjuangan berperlembagaan menentang British
1948 - 1957 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang British
1951- UMNO menukar semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka
1957- Penjajah British terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Secara halus menerusi jarum British tahun 1946 UMNO ditubuhkan bagi membendung gelombang tuntutan kemerdekaan yang begitu lantang dengan slogan "MERDEKA", UMNO dengan slogan "HIDUP MELAYU".

Dengan slogan "Hidup Melayu" UMNO masih tidak mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat yang hendakkan kemerdekaan secara mutlak, British yang begitu tertekan terpaksan menggunakan undang2 darurat pada Jun 1948. Semua aktivis dan parti politik yang menuntut kemerdekaan telah ditangkap dan dipenjarakan kecuali UMNO!!!

Pada tahun 1947 Bendera Rakyat (gambar yang dilampirkan) telah dinaikkan disemua bandar dan pekan2 di Tanah Melayu termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura dengan mengadakan istiada menaikkan bendera tersebut.

"Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari." Ujar Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947.

Bendera Rakyat membawa maksud seperti berikut:

12 biji bintang:

12 negeri yang bergabung di Malaya
9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)

Warna kuning bintang:

Keadilan dan kedaulatan rakyat
Perlembagaan Rakyat diiktiraf Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima:

Ketuhanan
Kedaulatan rakyat
Keadilan sosial
Kebajikan
Kebangsaan

Warna merah:

Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya

Warna putih:

Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Hari ini, kita telah dimerdekakan hasil dari darah dan keringat para pejuang terdahulu, kerana British telah sedar ketidak mampuan mereka membendung hasrat dan cita-cita anak watan untuk memerdekan tanah air, akhirnya British telah beralilh taktik dari kolonial kepada new kolonial, insyaAllah kita akan runtuhkan 'new kolonial' ini untuk melengkapkan kemerdekaan 100% negara ini. InsyaAllah.