Saturday, 20 July 2013

Berbuka Puasa @Banting bersama Member-member

Assalamualaikum,
Moshi-moshi,

pergh aku cakap,
dah berapa lama aku x up date blog aku ni,
malas gila siot,
macam sipot,
tapi x kanlah aku nak guna kaedah oldschool yang biasa aku guna dulu?
blog dah lama x up date,
keluarlah ayat "fuh, berhabuk dah blog aku",
atau yang sebagainya,
aku rasa kalau x mention pun lagi ok la...

jadi la ni,
aku nak tulis mengenai satu kisah, satu pengalaman baru yang aku lalui, rasa, dan hadam[..?]

adalah dalam beberapa hari sebelum ni,
tetengah puasa kan,
perkara normal la kalau teringat makanan makanan sedap yang pernah makan sebelum ni,
benda ni pun jadi gak kat diri gua,
aku teringat lak kat nasi Pattaya yang aku makan sebelum puasa kat Medan Selera kat Giant,
so aku terfikir untuk berbuka kat luar,
cam best je kan?
tapi aku x la mengutarakan pemikiran/buah fikiran aku ni kepada member-member aku,
aku silencekan untuk stok sembang time bosan kelak[..?]

nak bikin epikya hidup kita ni...beberapa hari yang berlalu yang dah lalu, memang confirm dah punya x leh nak repeat...tau tau member aku pun sekepala matlamat & hasrat dengan aku [berbuka kat luar],
uish kau...syok x syok la kan,
hehe,

so,
untuk menjayakan perancangan,
kita mesti menyediakan satu perancangan buah fikiran plan yang mantap untuk menghasilkan satu perancangan yang berjaya,
buat julung-julung kalinya perbincangan telah dibuat,
lokasi yang ditetepkan ialah Medan Selera di Giant Mall yang terletak beberapa minit langkahan kaki dari sekolah,

"Gua dah melangut nak berbuka Pattaya"

nak dijadikan konflik di pertengahan suratan [ce wah ceh ayat],
member aku mencangakan untuk menukar/mengubah venue berbuka ke Banting,
satu kawasan yang x berapa jauh dari SAMTTAR,
aku x tahu la kan 10 sebab munasabah yang dia ada untuk tukar/ubah landskap kawasan berbuka,
...gua syak member gua ni pun sama melangut ngan gua nak berbuka makanan kat Banting,
makanan apa?
Nasi Ar apa...

sekiranya mahu dibukukan tawarikh aku & Nasi Arab ni...x lah sekompleks mana,
aku ingat ada gak lah dulu aku punya tekak ni dilalui Nasi Arab,
sedap~
dah teringat childhood moment betapa umphnya nasi arab(malas dah aku nak caps lock) dulu yang aku makan, aku iakan aje la...

so, berapa orang yang join kitorang?
technically aku ajak member2 aku,
tapi ada yang x nak join,
so yang gerak ialah aku, lok, zul & fairuz,
3 orang form 6 & seorang form 5,

maka,
hari yang dinanti pun tiba,
tanggal petang jumaat,
kitorang bergerak ke destinasi sasaran menggunakan bas sebagai langkah penjimatan yang memudahkan, menyenangkan, tidak memudharatkan & terbaik,

agak-agak tengok jam dalam 10 minit punya route,
sampailah ke Banting...sebuah bandar yang kita membangun yang dilihat menerusi kerancakan pertumbuhan ekonomi,

dah sampai tu...bergeraklah 4 orang(merangkap kitorang) ke kedai nasi arabnya...nama kedai x silap aku ialah D' Arab Cafe,

kat cafe ni settle la segala apa yang patut disettle bermula dari pemilihan set(makan set sebab murah & bersesuaian), pembayaran harga(share duit) & permintaan untuk mereseve sebuah meja,
Alhamdulillah sebab datang awal...so x de la kabot mana...otak still boleh jalan dengan tenang...orang pun x ramai lagi...senang, mudah & selesa, haha,

nak claim awal x awal la kitorang arrive dalam pukul 6 lebih aku agak,
masa yang banyak kitorang guna untuk berjalan kawasan sekitar sementara menunggu waktu untuk berbuka...

{Dan telah masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan yag dah masuk waktu. Untuk kawasan yang belum masuk, mohon jangan mengada nak berbuka, sabar}

so,
klimaksnya,
itulah first time tahun ni punya Ramadhan aku berbuka dengan nasi arab sebagai main meal,
sedap memang lah sedap,
tapi nasi arabnya lain dari apa yang aku makan dulu,
beb...gua cakapla...dulu makan nasi arab...dalam nasi disekalikan lauk,
tapi yang ni x...gua gak ni mungkin sebab berbeza situasi sebab yang dulu aku makan time kenduri gitu...ni orang buat meniaga, takkanlah nak campur kan? well, aku agak je, x tau betul ke x...

pepahal, gua pun dapatlah experience baru,
teh arab rasa semacam, sambal nasi arab yang masam, kuah dia...pergh, memang benda baru la, haha.

samapi sini ja kot dulu,
jaane~
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment