Saturday, 20 July 2013

setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya

Assalamualaikum,
Moshi-moshi,

ok ok,
tulisan aku yang ni merupakan sambungan,
jap...bukan sambungan...cuma berkaitan rapat dengan post aku yang sebelum ni,
post yang berbuka puasa...

untuk kali ni,
aku nak tulis mengenai keseluruhan perjalanan kitorang,
bermula dari...perancangan,

sebelum ni,
aku kisahkan tentang kitorang yang fokus pada plan kitorang berbuka puasa,
ye,
itu memang main point,
tapi untuk la ni,
aku nak habak tentang kejadian kejadian yang berlaku di sekeliling kitorang,

ni bukan cerita hantu eh...

for the first time,
kan kitorang plan untuk berbuka di Giant je,
tapi berlaku sedikit pengubahsuaian menukar venue ke Banting,

di Banting,
selain bergerak ke sana untuk tujuan berbuka,
kitorang gak plan untuk berjalan-jalan kat uptown sana dan bermalam,
ye lah,
kalau nak jalan x kan sekejap je kan,
aku iakan aje,
dalam kepala otak,
aku ingat yang uptown tu besar dia cam uptown kl,
dah lah besar,
barang lak mesti mau banyak pilihan,
so,
plannya,
pergi berbuka >terawih >jalan-jalan kat uptown >tumpang tidur surau >sahur kat surau >balik ke sekolah esok pagi.

ni kira memang aku ngan member plan x fikir plan B/ pelan sokongan untuk masalah yang berlaku,
dalam otak dok fikir yang surau tu badan pentadbirannya sama cam surau INTI College yang aku ngan member aku tumpang tidur time SPM dulu...aku lak dah fikir yang uptownnya gedabak besar n meriah, dah plan nak cuci mata usha barang-barang smart...

tapi,
apakan daya,
suraunya dah la ada sign DILARANG TIDUR,
uptown lak kecik(x tau la kalau yang aku tengok kecik tu sebab awal lagi, peniaga belum susun meja lagi)
pergh aku cakap memang hancur beb plan kitorang,

and at the end,
aku putuskan untuk balik,
x yah terawih kat surau...uptown dah x de mende nak usha...

so kitorang balik lepas beli sikit makanan untuk juadah berbuka esok pagi,
kalau plan jadi, boleh tidur surau n sahur dengan orang surau je...

sampai je kat sekolah,
masalah baru lak muncul,
dah la x terawih lagi...

asrama dikunci.
watta f!
so berlakula perbincangan antara kitorang dengan pengawal keselamatan,
dari yang pengawal yang berpangkat biasa ke pangkat atasan(padahal 3 orang je...),
kitorang menghadap untuk dibuka asrama,

memang masalah problem...

kitorang memang dah diberi kebenaran untuk bermalam,
so,
mengikut prosedur yang aku dengar,
kitorang perlu memberitahu kepada Ketua Asrama yang kitorang dibenarkan untuk bermalam,
so,
ketua asrama akan inform pada phak yang berkenaan seperti warden,
warden lak nanti inform kat pengawal keselamatan mengenai perihal kitorang yang mendapat kebenaran untuk bermalam di asrama,

tu la asalnya,
tapi dari apa yang berlaku,
memang ironi habis...
aku jangkakan yang KA x gtau warden n so warden lak x inform kat guard,
masuknya peranan kitorang dalam kisah ni iaah bila guard x diinform akan kitorang,
asrama dah kunci...habis camner ngan kitorang?

walau camner pun,
tetap ada jalan lain,
KA/Exco perlu untuk meninggalkan kunci asrama di pondok penjaga,
x leh bawa balik rumah,
n sekali kitorang diuji dengan tiada kunci yang ditinggalkan,
seorang lagi pemegang kunci lak balik kampung,
nampak x betapa epiknya kisah aksi ini?

dah penat,
kitorang x mampu untuk terawih,
so,
keputusan yang dibuat ialah,
kitorang bermalam di dalam surau ditemani dengan nyamuk-nyamuk yang setiasa mencuit dari pelbagai arah...

dalam otak,
plan esok bangun awal untuk sahur di masjid...

{Dan bangunlah kami keesokannya untuk bersahur di masjid.}

sesampainya tubuh kitorang dalam masjid,
aku memulakan perbicaraan supaya kedatangan kitorang dapat diterima seadanya sebagai tetamu,
aku malafazkan kata-kata hormat yang berisi kebenaran untuk menumpang sahur di masjid...

n yet,
kitorang diuji lagi bila mana pak cik tu cakap yang lauk yang mereka masak malam tad telah dicuri,
aku dah blur dah,
habis camner ni? nak sahur apa?
pak cik tu menambah...makanan yang kalau ada pun makanan malam tadi yang bercampur antara nasi dan lauk,
walaupun begitu,
aku nampak yang pak cik ni time dia bersahur dengan team-team dia,
aku perasan yang diorang ni macam(atau memang) bukan orang masjid,
so mungkin sebab tu la kot pak cik ni x share makanan diorang dengan kitorang...

nak kata sedih,
ada jugak,

tinggal lagi dalam 20 minit untuk bersahur,
camner ni?

kitorang pun amik keputusan untuk memasak maggi(MAMEE Chef) yang kitorang beli,
dalam masa 10 minit kitorang masak+makan,
Alhamdulillah kitorang diberi rezeki oleh-Nya untuk bersahur...

memang kalau nak cakap,
banyak lag pengajaran yang aku dapat dari perkara perkara camni...

lepas solat Subuh,
kitorang kembali dengan masalah utama kitorang,
asrama berkunci tapi barag kitorang ada kat atas,
so camner nak ambik?
x kan nak panjat?
aku memang dah panjat, tapi masalahnya laluan bumbung yang digunakan untuk laluan pejalan kaki ialah bumbung zink,
x pepasal aku pijak kemek lak bumbungnya,
kemek tahan lagi...otak aku dah fikir yang aku pijak kang aku jatuh sebab zinknya x mampu nak tampung aku....dah masalah lain pula,

nak guna tangga,
x boleh sebab pendek...
dah cuba,
tu pasal gua boleh claim kat sini...

dalam kalut nak cari penyelesaian tu,
abah aku datang,
alamak...camner ni?

aku pun memang dah buntu x tau nak settle camner...otak fikir biar je la barang kat atas...
tup tup,
si lok dengan zul entah mana datang confident nak tanya pengawal keselamatan sama ada, ada kunci atau x...
beb, bukan malam tadi dah clear ke yang diorang x pegang kunci?
and so on, aku nampak yang pengawal ni(bukan pengawal malam tadi) masuk Pejabat Asrama,
aku ikut aje la pengawal ni dengan bawa kunci yang banyak ke pintu gril asrama,
untuk mencuba sama ada kunci yang dia jumpa boleh guna atau x...

aku x expect yakin gila kunci yang pengawal ada boleh buka,
dia cuba-cuba...x jadi,
sampai kunci yang ketiga...terbuka,
wadapap gila la aku,
serius ke ni...lok kat sebelah dah terencat excited gila sampai melompat,
alah naik aje,

Alhamdulillah,
dapat lah naik asrama amik barang,
abah dah datang..x nak kasi abah tunggu lama-lama,
sebab aku dengar yang menunggu itu merupakan sebahagaian daripada penyeksaan,

so,
berterima kasih la aku pada pengawal tu,
lepas salam ngan lok & zul,
aku berangkat pulang ke Puchong...

fuh,
memang serius aku diberi peluang untuk merasai satu pengalaman baru oleh-Nya,
bermula dari makan nasi arab sampailah kepada masalah yang timbul dalam kehidupan,
memang betul inilah ujian untuk menguji keimanan seseorang...

btw,
aku tertarik dengan apa yang lok kata;
{kau cayalah, benda macam ni memang x banyak jadi, kalau lepas ni biasa x jadi la benda macam ni}

No comments:

Post a Comment