Monday 22 April 2013

[idea] ....................... huaragh ~

Assalamualaikum dan moshi-moshi ,
apa khabar bro / sis ?

ok ,
aku pun x prepare apa apa pun nak tulis post pagi ni ,
jadi aku putuskan untuk tulis sinopsis ringkas berkenaan cerita yang aku tulis sebelum ni ,

ni cerita yang berkenaan street art ,

ok ,
mungkin aku ubah sikit kondisi/kandungan cerita ni ,
cerita tu x lah berkisar mengenai street art semata ,
aku ubah cerita berdasarkan kehidupan watak utama cerita tu ,
street art ni cuma elemen elemen sampingan yang aku masukkan ...

pagi ,
K bangun pagi dan melakukan qiamullail ,
kemudian dia mempersiapkan diri dengan bersarapan dan memakai uniform selepas bersarapan ,
jarak antara rumahnya dengan sekolah x lah jauh sangat ,
sebab dia dah biasa berjalan kaki , so x terasa jauh atau menyusahkan ,
lagipun sepanjang perjalanan yang dia lalu dipayungi pokok yang besar , dihiasi tumbuhan bunga yang mekar , serta dilatari oleh beberapa pokok buah ...
hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun tersebut dan kini dia menjadi pelajar menenagah atas ( tingkatan 4 ) ,

jalan yang biasa digunakan oleh K untuk ke sekolah akan melalui rumah F ,
F merupakan sahabat rapatnya sejak sekolah rendah ,
F biasa akan menungga K dihadapan rumahnya kerana mengetahui laluan yang digunakan K ,
pagi itu dia mempelawa K untuk bersarapan di luar rumahnya ,

tiba -tiba 2 orang sahabat perempuan mereka muncul ,
rumah F berada di simpang jalan ,
dan jalan itu bersebelahan dengan laluan yang digunakan oleh 2 sahabat perempuan mereka setiap pagi ,
N dan A ,
mereka kemudian bersarapan bersama ,
kemudian mereka ke sekolah berjalan kaki bersama ,
sambil berjalan mereka bersembang mengenai kelab mereka di sekolah ,
Kelab Seni Lukisan & Tulisan Kreatif ...

di sekolah ,
mereka berempat di dalam kelas yang sama ,
K merupakan seorang pelajar yang tidak berapa menonjol ,
dia juga mempunyai seorang kawan perempuan yang turut tidak menonjol namun hubungan mereka telah dibina sejak K kecil ,
namanya M ,
M bukan sahaja tidak menonjol malah seorang yang pendiam ,
dia berkaca mata , ketinggiannya hampir menyamai ketinggian K ,
M sangat mahir dalam bidang jahitan ,
kebanyakan dari pakaian K dihasilkan oleh M ...

N ,
N merupakan seorang gadis yang bersemangat dan sangat jujur ,
dia akan menyatakan apa yang terlintas di mindanya ,
namun tidak pada perkara yang tidak patut ,
berwajah bulat dan mempunyai anak mata berwarna biru kerana dia merupakan anak kacukan antara Inggeris dan Melayu ,
mempunyai sebuah banglo yang besar ,
tetapi dia tinggal bersendirian kerana ibubapanya sering ke luar negara atas urusan perniagaan ,
dan dia merupakan seorang anak tunggal ,

A ,
A merupakan seorang gadis yang juga bersemangat dan sangat baik ,
dia telah dididik dengan ajaran agama sejak kecil oleh kedua ibu bapanya ,
dia dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang susah pada mulanya tetapi hidup keluarganya berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya keluarga mereka keluar dari belenggu kemiskinan ,
namun itu tidak menjadikan A seorang yang sombong ,
malahan dia semakin mensyukuri atas segala nikmat yang dikurnia kepada dirinya ,
dia tinggal berdua bersama adiknya yang bersekolah di sekolah rendah berdekatan rumah mereka ,

K ,
watak utama cerita ni ,
seorang yang tidak menonjol tetapi sangat berbakat dalam seni jalanan ,
bakat itu dimilikinya sejak kecil ,
K kehilangan sebahagian daripada memorinya di waktu kecil ,
yang dia ingat cuma ialah dia mempunyai seorang adik yang ceria ,
seorang ibu yang sangat penyayang ,
dan juga seorang ayah yang sangat tegas ...
tentang bagaimana dia terpisah dari keluarganya ialah bahagian yang dia lupa ,
namun ingatan wajah ahli keluarganya tidak berapa jelas ,
dia membesar seorang diri dengan bantuan jiran jiran yang berada di sekitar kawasan perumahannya ,
pada waktu kecil ,
hidupnya ditanggung oleh seorang yang misteri yang dia sendiri tidak tahu siapa ,
apabila besar , dia menyara hidupnya sendiri dengan bekerja memandangkan pada umur 12 tahun dia mendapat pesanan dari insan misteri yang menanggungnya supaya dia dapat menyara hidupnya sendiri kerana orang itu tidak mampu untuk menampung dirinya lagi buat masa panjang ...
sejak itu K bekerja dan hidup berdikari walaupun dia baru saja menjadi pelajar sekolah menengah ,

N ,
sahabat baik K ,
dia banyak membantu K dalam urusan seharian K ,
ketika waktu senang & susah , N yang akan berada di tepi K ,
N merupakan anak kedua bagi sebuah keluarga yang sederhana ,
dia merupakan seorang yang sangat peramah dan suka menolong ,
senyum merupakan sesuatu yang sentiasa terukir di wajahnya ,
N juga merupakan seorang yang mahir dalam bidang masakan ...

hari pertama persekolahan menyaksikan di mana kelas mereka mendapat beberapa orang pelajar baru ,
dan pada tahun ini juga mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Agama ( S.M.A. ) ,
peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka yang bersekolah di sekolah yang mengandungi subjek agama di dalam struktur akademik mereka ...

sekolah mereka merupakan sebuah sekolah swasta namun tiada yuran yang dikenakan ,
mempunyai kawasan yang sangat luas dan mempunyai beberapa buah kebun buah-buahan serta sebatang sungai yang cetek dan jernih ,
sekolah mereka dihiasi oleh hasil tangan pelajar - pelajarnya dengan tunju ajar para cikgu dan ustaz / ustazah ,
jumlah pelajar mereka juga sangat sikit dibandingkan dengan sekolah sekolah kerajaan yang berada di kawasan sekitar ...

sekian tulisan dari aku ,
huargh~~
berapa kali aku menguap ,
oklah jaane ~


Friday 19 April 2013

[idea] ........... season 1

Assalamualaikum dan moshi-moshi ,
yo korang !
apa khabar ?
aku kat sini seriously dah penat , putus harapan , untuk meneruskan perkerjaan ,
Alhamdulillah aku baru lepas sembang sikit dengan member aku ,
Nizam ,
okeylah , dapatlah sikit semangat untuk terus bekerja ,
Insya Allah ...

kalau korang pelik dengan tajuk post aku yang ni ,
perkara tu x leh nak dielakkan sebab aku pun x tahu nak kasi tajuk apa ,

apparently korang perasan yang ada perkataan 'idea' dalam kurungan kan ?
okey ,
sekarang ni andainya post aku ada perkataan 'idea' dalam kurungan ,
post tu berkenaan idea aku ,
buat camni lagi senang kot kot aku nak cari balik tulisan tulisan aku yang lama ...

untuk idea kali ni ,
aku dapat inspirasi dari street art ,
korang tahu apa tu street art ?
seni jalanan .
tu memanglah orang tahu , tapi makna disebalik 'seni jalanan' tu sendiri ,
x kan ....
sebab kita x penah rasa , buat , alami seni jalanan tu ,

ada yang kata seni jalanan ni vandalisme ...

tapi bagi aku ,
seni jalanan tu seni ,
beb , seni tu luas ,
ada seni yang baik dan ada seni yang x baik ,
tu normal ,
tanya pendapat aku sama ada seni jalanan ini baik atau tidak ,
bergantung kepada macamana seni jalanan yang dihasilkan ,
x leh nak kata seni jalanan ni totally baik atau tidak ,
dalam sesuatu keadaan , boleh jadi baik atau tidak ,

mula lah kisah yang aku fikirkan ...

kisah ni berkenaan kehidupan seorang remaja lelaki ,
dia hidup berseorangan kerana kehilangan memori mengenai keluarganya ,
dia kini tinggal di sebuah kawasan kediaman yang diduduki oleh mereka yang meminati street art ,
x lah semua minat street art ,
tapi ada la jugak sampai boleh buat group ,

remaja ni bersekolah di salah sebuah sekolah swasta ,
walaupun swasta , sekolah ni free ,
kira student dia x yah bayar fee la ...
sekolah ni akademik dia gabung antara agama & akademik ,

selain tu ,
sekolah ni gak ada beberapa elemen tambahan yang lain dari sekolah lain ,
sekolah swasta bro , x kisahla pengetua dia nak buat apa pun kan ...

sekolah ni agak besar la jugak ,
even keluasannya mengalahkan beberapa sekolah kerajaan yang ada kat situ ,
tapi pelajarnya x ramai sebab syarat kemasukan ke sekolah ni ketat ,

kat sekolah ni ada bangunan kelab ,
kiranya cam sekolah sekolah kat Jepun la ,
boleh lepak buat aktiviti kelab sampai petang ,

cukup pasal sekolah ,
cerita ni pasal hidup remaja lelaki tadi ,
camner dia hidup sensorang ,
camner dia bekerja ,
camner dia dengan kawan-kawan dia ,
camner dia kat sekolah ,
camner dia hidup la senang ,

sebagai elemen tambahan ,
aku jadikan remaja ni pelajar tingkatan empat ,
bagi seorang pelajar sekolah agama tingkatan empat ,
diorang akan menduduki peperiksaan S.M.A. ,
so elemen S.M.A. ni akan aku masukkan ...

banyak inspirasi aku sehingga munculnya idea ni ,
antaranya street art ,
anime lak cam anime Angel Beats Special Episode ,

cerita ni untuk persediaan season 1 ,
kira andai okey dan ada sambutan ,
aku akan terus ke season 2 ,

season 2 berkenaan kisah silam ramaja lelaki yang jadi watak utama cerita ni ,
dia akan jumpa dengan adik perempuan dia ,
dia akan jumpa balik dengan ibu dia ,
dengan ayah dia ,
lepas tu ada konflik ,
dan banyak lagi la yang nanti aku fikirkan ...

sampai sini jer la ,
jaane ~




Saturday 13 April 2013

13 april 2013 / sabtu / experiencing my first day of being a worker .

Assalamualaikum dan moshi moshi ,
apa khabar semua ?

yup ,
hari ni first time aku bergelar pekerja di salah sebuah kedai serbaneka ,
memang serius aku gugup habis , otak blank , x tau nak buat apa ,
buat beberapa minit pertama aku rasa cam nak berhenti je ,
aku shock gila ,
" apa aku nak buat ? macam mana yang aku patut buat ? buat camni ok k ? kenapa aku rasa x best je ni ? boleh x kalau aku nak minta berhenti sekarang ? "
soalan ni memang main pusing je dalam kepala aku ,

so ,
baru aku faham kenapa member aku kata first day memang rasa cam nak berhenti kerja je ,
dah lah aku ni bukan jenis yang peramah + malas dan memang blur habis ,
baru aku faham kenapa kat jawatan kosong biasa ada tulis ayat " pengalaman kerja " ,
well ,
first time kau fikir apsal dia nak tulis camtu ,
kalau nak ambik worker ambik jer la , x yah nak minta yang ada experience je ,
macam memilih la kan ,
tapi aku faham gak hari ni ,
experience tu dia minta sebab benda tu nanti akan menolong dalam job yang diapply tu ,

macam aku ,
x de experience ,
datang buta buta je gi kerja ,
sumpah lah memang experience tu penting ,
at least korang x kan rasa betapa sesaknya otak dan pemikiran serta perasaan aku ,
experience tu membantu ...

walau apa pun ,
aku tetap gak kena tetapkan kekuatan aku untuk terus bekerja kat kedai tu ,
just in any case untuk impian aku gak ,
baru first day job dah dreaming macam macam nak buat ngan gaji ,
bodoh gila , haha ,

boleh gak tadi aku dreaming satu kisah dari apa yang aku lalu hari ni ,
kira kisah budak lelaki amik aku sebagai watak dia ,
dia ni kira cam aku lah ,
lembik , malas , x tau nak buat apa , x de tujuan hidup ,
so ada sorang budak perempuan yang cun ( aku suka awek cun cam anime , hehe , sori sori ) ,
dia ni kira akan tolong watak lelaki tadi untuk face hidup dia ,
kiranya watak lelaki tu hidup sensorang sebab dah jadi yatim piatu ( okey , part ni aku create sendiri ) ,
lepas tu hidup dia sentiasa kelam sebab murung ,
and one day ,
awek ni datang mengubah hidup dia ,
uuuu ~~ mesti best andai aku dapat create kisah ni ...

alkisah ,
aku harap aku dapat buat yang terbaik esok ,
yosh HA FI ZU , ganbatte !!

tiba tiba lak aku terfikir yang aku ni memang patut dok rumah je ,
tapi sampai bila aku boleh nak hasilkan something untuk diri sendiri ,
aku kena berubah ,
UBAH DEMI KEBAIKAN ,
oh yeah !! ,
nak henset , nak sweater matryoshika , nak bayar hutang member ,
uhhh ~ aku memang kena kerja gak ,





















hari ni aku tengok movie Suzumiya Haruhi No Shioushitsu kat tv3 suku ,
aku minat gila ngan karekter Nagato Yuki ,
comel gila bila dia blush ///// ,
teringin nak ada isteri cam Yuki ,

okey la ,
jaane ~







































































































































nilah muka Yuki bila dia blush ,
urgh ~ ada lagi scene lain yang lagi comel ,
uwaa !!!






Friday 5 April 2013

Keindahan yang mendamaikan ....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Moshi - moshi , minna - san ! ,

aku nak cerita mengenai perasaan aku malam tadi ...

exactly ,
malam tadi aku datang ke satu event bagi meraikan Pelajar - pelajar Cemerlang SPM 2012 dalam kawasan kejiranan aku ni ,
anjuran JKKK Kg. Sri Aman ,
so ,
event ni diadakan di sebuah pusat tahfiz yang dibina di atas tanah ketua kampung aku ,
bermula dengan Solat Maghrib berjemaah ,
kemudian disusuli dengan Khatam Al-Quran ,
selepas itu ialah Ruqyah dan permohonan do'a kepada Azza Wajalla ,
selepas do'a ialah penyampaian pengahargaan kepada para pelajar cemerlang ...

tapi post aku bukanlah nak cerita pasal perasaan aku dapat hadiah or mendapat gelaran pelajar cemerlang ( cemerlang ? aku just 5A je ... ) ,

tapi perasaan aku bila melihat keindahan menutup aurat ...

bukannya aku x pernah tengok orang menutup aurat sebelum ni ,
sekolah aku pun student perempuan tutup aurat ,
tapi yang aku nak hightlight ialah keindahan menutup aurat ...

memang aku x tau nak cakap camner ,
terpegun gila aku malam tadi ,
sebelum ni aku biasa nampak orang menutup aurat pakai jubah + purdah ,
tapi malam tadi serius aku rasa some yang memang aku x pernah rasa sebelum ni ,
kalau aku pernah rasa pun mungkin dah lupa ...

dan hari ni bila aku fikir balik ,
aku dapat satu huraian yang menjelaskan ayat ni ...
" Islam itu menjaga hak wanita , di dunia & di akhirat "

aku nak mula camner eh ...

bila seorang gadis , wanita or perempuan itu menutup aurat dengan sempurna ,
mata aku x tengok dah kat rupa dia cantik k x ...
auto aku just tengok pada akhlak dia menutup aurat , mengikut arahan Allah ,
memang cantik ,
dia bukan cantik yang bila aku tengok pada artis Jepun , bukan cantik yang bila aku tengok pada karakter anime , bukan cantik yang bila aku tengok kawan kawan perempuan sekelas or sesekolah aku ,
tapi dia cantik yang pure , suci dan sangat mendamaikan or yang camtulah ...

cantik yang tidak dilihat dengan pandangan yang bersulam nafsu ,
tapi cantik yang dilihat dengan hati yang mengagungkan kebesaran-Nya ...

so ,
malam tadi Insya Allah telah menjawab beberapa persolan yang agak keep playing dalam kepala hotak aku ,
macam ...
kenapa orang cakap menutup aurat dengan sempurna itu cantik ,
kenapa akhlak yang cantik itu akan mencantikkan si pelaku ,
macam mana tuntutan menutup aurat di dalam Islam dapat menjaga kebajikan serta maruah seorang wanita ,

ya ,
semua soalan ini terjawab hanya dengan melihat .

Subhanallah .

just in any case ,
sekarang aku tengah cerita bab keindahan menutup aurat atau akhlak ,
biasa orang hari ni tengok seseorang tu cantik hanya berdasarkan paras rupa , make up ,
tapi sekarang aku cerita pasal akhlak menutup aurat ...
dari sini pun ,
aku rasa kita dapat membuktikan yang Islam itu agama yang adil kepada setiap penganutnya ,
Islam sangat menitik beratkan akhlak ,
kerana akhlak itu lebih penting , lebih kuat daripada rupa paras ...
" seseorang itu cantik bukan kerana rupa paras tetapi ialah kepada akhlak "
kalau nak cakap orang tu cantik sebab rupa ,
x semua orang cantik ,
so nampak x ketidak adilan di situ ?
tapi kalau nak cakap yang seorang tu cantik sebab akhlak ,
then ,
tu lah yang adil ,
setiap orang di beri peluang untuk berakhlak yang macam mana ...
sama ada mahu berakhlak baik atau buruk ,
semua orang boleh ...

lagipun ,
seorang yang cantik dengan menutup aurat ,
bagi aku ... dia membawa satu rahmat kepada orang sekeliling ,
orang dapat melihat keindahan Islam dan akan berfikir , bermuhasabah dengannya ...
Insya Allah .

dan aku ,
sebagai seorang Muslim ,
yang ye lah ,
aku tahu aku ni x lah seperfect mana pun mengamalkan ajaran Islam ,
tapi ,
aku harap ,
member perempuan aku yang Islam ,
harap dapatlah menutup aurat dengan sempurna ,
x kisahlah kalau korang cantik k x ,
sekiranya korang tutup aurat dengan sempurna ,
korang dah cantik ,
serius aku cakap ...



Keadilan mutlak hanya ada pada agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallhualaihi wasallam yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala , selaku pencipta sekalian makhluk .






- mungkin tulisan aku ni boleh menyebabkan orang x faham , mungkin ada ... sebab aku x dapat nak menulis pemahaman , perasaan aku dengan lengkap dalam blog ni ... sendainya aku mempunyai ilmu untuk menulis , mungkin aku dapat menulis dengan lebih baik ... so , aku nak nasihatkan , lebih baik korang fikir dulu dalam dalam apa yang aku tulis , ok ? kalau x , mungkin koranng boleh sesat or misunderstanding ... harap x la ... :)
 -