Monday, 22 April 2013

[idea] ....................... huaragh ~

Assalamualaikum dan moshi-moshi ,
apa khabar bro / sis ?

ok ,
aku pun x prepare apa apa pun nak tulis post pagi ni ,
jadi aku putuskan untuk tulis sinopsis ringkas berkenaan cerita yang aku tulis sebelum ni ,

ni cerita yang berkenaan street art ,

ok ,
mungkin aku ubah sikit kondisi/kandungan cerita ni ,
cerita tu x lah berkisar mengenai street art semata ,
aku ubah cerita berdasarkan kehidupan watak utama cerita tu ,
street art ni cuma elemen elemen sampingan yang aku masukkan ...

pagi ,
K bangun pagi dan melakukan qiamullail ,
kemudian dia mempersiapkan diri dengan bersarapan dan memakai uniform selepas bersarapan ,
jarak antara rumahnya dengan sekolah x lah jauh sangat ,
sebab dia dah biasa berjalan kaki , so x terasa jauh atau menyusahkan ,
lagipun sepanjang perjalanan yang dia lalu dipayungi pokok yang besar , dihiasi tumbuhan bunga yang mekar , serta dilatari oleh beberapa pokok buah ...
hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun tersebut dan kini dia menjadi pelajar menenagah atas ( tingkatan 4 ) ,

jalan yang biasa digunakan oleh K untuk ke sekolah akan melalui rumah F ,
F merupakan sahabat rapatnya sejak sekolah rendah ,
F biasa akan menungga K dihadapan rumahnya kerana mengetahui laluan yang digunakan K ,
pagi itu dia mempelawa K untuk bersarapan di luar rumahnya ,

tiba -tiba 2 orang sahabat perempuan mereka muncul ,
rumah F berada di simpang jalan ,
dan jalan itu bersebelahan dengan laluan yang digunakan oleh 2 sahabat perempuan mereka setiap pagi ,
N dan A ,
mereka kemudian bersarapan bersama ,
kemudian mereka ke sekolah berjalan kaki bersama ,
sambil berjalan mereka bersembang mengenai kelab mereka di sekolah ,
Kelab Seni Lukisan & Tulisan Kreatif ...

di sekolah ,
mereka berempat di dalam kelas yang sama ,
K merupakan seorang pelajar yang tidak berapa menonjol ,
dia juga mempunyai seorang kawan perempuan yang turut tidak menonjol namun hubungan mereka telah dibina sejak K kecil ,
namanya M ,
M bukan sahaja tidak menonjol malah seorang yang pendiam ,
dia berkaca mata , ketinggiannya hampir menyamai ketinggian K ,
M sangat mahir dalam bidang jahitan ,
kebanyakan dari pakaian K dihasilkan oleh M ...

N ,
N merupakan seorang gadis yang bersemangat dan sangat jujur ,
dia akan menyatakan apa yang terlintas di mindanya ,
namun tidak pada perkara yang tidak patut ,
berwajah bulat dan mempunyai anak mata berwarna biru kerana dia merupakan anak kacukan antara Inggeris dan Melayu ,
mempunyai sebuah banglo yang besar ,
tetapi dia tinggal bersendirian kerana ibubapanya sering ke luar negara atas urusan perniagaan ,
dan dia merupakan seorang anak tunggal ,

A ,
A merupakan seorang gadis yang juga bersemangat dan sangat baik ,
dia telah dididik dengan ajaran agama sejak kecil oleh kedua ibu bapanya ,
dia dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang susah pada mulanya tetapi hidup keluarganya berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya keluarga mereka keluar dari belenggu kemiskinan ,
namun itu tidak menjadikan A seorang yang sombong ,
malahan dia semakin mensyukuri atas segala nikmat yang dikurnia kepada dirinya ,
dia tinggal berdua bersama adiknya yang bersekolah di sekolah rendah berdekatan rumah mereka ,

K ,
watak utama cerita ni ,
seorang yang tidak menonjol tetapi sangat berbakat dalam seni jalanan ,
bakat itu dimilikinya sejak kecil ,
K kehilangan sebahagian daripada memorinya di waktu kecil ,
yang dia ingat cuma ialah dia mempunyai seorang adik yang ceria ,
seorang ibu yang sangat penyayang ,
dan juga seorang ayah yang sangat tegas ...
tentang bagaimana dia terpisah dari keluarganya ialah bahagian yang dia lupa ,
namun ingatan wajah ahli keluarganya tidak berapa jelas ,
dia membesar seorang diri dengan bantuan jiran jiran yang berada di sekitar kawasan perumahannya ,
pada waktu kecil ,
hidupnya ditanggung oleh seorang yang misteri yang dia sendiri tidak tahu siapa ,
apabila besar , dia menyara hidupnya sendiri dengan bekerja memandangkan pada umur 12 tahun dia mendapat pesanan dari insan misteri yang menanggungnya supaya dia dapat menyara hidupnya sendiri kerana orang itu tidak mampu untuk menampung dirinya lagi buat masa panjang ...
sejak itu K bekerja dan hidup berdikari walaupun dia baru saja menjadi pelajar sekolah menengah ,

N ,
sahabat baik K ,
dia banyak membantu K dalam urusan seharian K ,
ketika waktu senang & susah , N yang akan berada di tepi K ,
N merupakan anak kedua bagi sebuah keluarga yang sederhana ,
dia merupakan seorang yang sangat peramah dan suka menolong ,
senyum merupakan sesuatu yang sentiasa terukir di wajahnya ,
N juga merupakan seorang yang mahir dalam bidang masakan ...

hari pertama persekolahan menyaksikan di mana kelas mereka mendapat beberapa orang pelajar baru ,
dan pada tahun ini juga mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Agama ( S.M.A. ) ,
peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka yang bersekolah di sekolah yang mengandungi subjek agama di dalam struktur akademik mereka ...

sekolah mereka merupakan sebuah sekolah swasta namun tiada yuran yang dikenakan ,
mempunyai kawasan yang sangat luas dan mempunyai beberapa buah kebun buah-buahan serta sebatang sungai yang cetek dan jernih ,
sekolah mereka dihiasi oleh hasil tangan pelajar - pelajarnya dengan tunju ajar para cikgu dan ustaz / ustazah ,
jumlah pelajar mereka juga sangat sikit dibandingkan dengan sekolah sekolah kerajaan yang berada di kawasan sekitar ...

sekian tulisan dari aku ,
huargh~~
berapa kali aku menguap ,
oklah jaane ~


No comments:

Post a Comment