Friday, 5 April 2013

Keindahan yang mendamaikan ....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Moshi - moshi , minna - san ! ,

aku nak cerita mengenai perasaan aku malam tadi ...

exactly ,
malam tadi aku datang ke satu event bagi meraikan Pelajar - pelajar Cemerlang SPM 2012 dalam kawasan kejiranan aku ni ,
anjuran JKKK Kg. Sri Aman ,
so ,
event ni diadakan di sebuah pusat tahfiz yang dibina di atas tanah ketua kampung aku ,
bermula dengan Solat Maghrib berjemaah ,
kemudian disusuli dengan Khatam Al-Quran ,
selepas itu ialah Ruqyah dan permohonan do'a kepada Azza Wajalla ,
selepas do'a ialah penyampaian pengahargaan kepada para pelajar cemerlang ...

tapi post aku bukanlah nak cerita pasal perasaan aku dapat hadiah or mendapat gelaran pelajar cemerlang ( cemerlang ? aku just 5A je ... ) ,

tapi perasaan aku bila melihat keindahan menutup aurat ...

bukannya aku x pernah tengok orang menutup aurat sebelum ni ,
sekolah aku pun student perempuan tutup aurat ,
tapi yang aku nak hightlight ialah keindahan menutup aurat ...

memang aku x tau nak cakap camner ,
terpegun gila aku malam tadi ,
sebelum ni aku biasa nampak orang menutup aurat pakai jubah + purdah ,
tapi malam tadi serius aku rasa some yang memang aku x pernah rasa sebelum ni ,
kalau aku pernah rasa pun mungkin dah lupa ...

dan hari ni bila aku fikir balik ,
aku dapat satu huraian yang menjelaskan ayat ni ...
" Islam itu menjaga hak wanita , di dunia & di akhirat "

aku nak mula camner eh ...

bila seorang gadis , wanita or perempuan itu menutup aurat dengan sempurna ,
mata aku x tengok dah kat rupa dia cantik k x ...
auto aku just tengok pada akhlak dia menutup aurat , mengikut arahan Allah ,
memang cantik ,
dia bukan cantik yang bila aku tengok pada artis Jepun , bukan cantik yang bila aku tengok pada karakter anime , bukan cantik yang bila aku tengok kawan kawan perempuan sekelas or sesekolah aku ,
tapi dia cantik yang pure , suci dan sangat mendamaikan or yang camtulah ...

cantik yang tidak dilihat dengan pandangan yang bersulam nafsu ,
tapi cantik yang dilihat dengan hati yang mengagungkan kebesaran-Nya ...

so ,
malam tadi Insya Allah telah menjawab beberapa persolan yang agak keep playing dalam kepala hotak aku ,
macam ...
kenapa orang cakap menutup aurat dengan sempurna itu cantik ,
kenapa akhlak yang cantik itu akan mencantikkan si pelaku ,
macam mana tuntutan menutup aurat di dalam Islam dapat menjaga kebajikan serta maruah seorang wanita ,

ya ,
semua soalan ini terjawab hanya dengan melihat .

Subhanallah .

just in any case ,
sekarang aku tengah cerita bab keindahan menutup aurat atau akhlak ,
biasa orang hari ni tengok seseorang tu cantik hanya berdasarkan paras rupa , make up ,
tapi sekarang aku cerita pasal akhlak menutup aurat ...
dari sini pun ,
aku rasa kita dapat membuktikan yang Islam itu agama yang adil kepada setiap penganutnya ,
Islam sangat menitik beratkan akhlak ,
kerana akhlak itu lebih penting , lebih kuat daripada rupa paras ...
" seseorang itu cantik bukan kerana rupa paras tetapi ialah kepada akhlak "
kalau nak cakap orang tu cantik sebab rupa ,
x semua orang cantik ,
so nampak x ketidak adilan di situ ?
tapi kalau nak cakap yang seorang tu cantik sebab akhlak ,
then ,
tu lah yang adil ,
setiap orang di beri peluang untuk berakhlak yang macam mana ...
sama ada mahu berakhlak baik atau buruk ,
semua orang boleh ...

lagipun ,
seorang yang cantik dengan menutup aurat ,
bagi aku ... dia membawa satu rahmat kepada orang sekeliling ,
orang dapat melihat keindahan Islam dan akan berfikir , bermuhasabah dengannya ...
Insya Allah .

dan aku ,
sebagai seorang Muslim ,
yang ye lah ,
aku tahu aku ni x lah seperfect mana pun mengamalkan ajaran Islam ,
tapi ,
aku harap ,
member perempuan aku yang Islam ,
harap dapatlah menutup aurat dengan sempurna ,
x kisahlah kalau korang cantik k x ,
sekiranya korang tutup aurat dengan sempurna ,
korang dah cantik ,
serius aku cakap ...



Keadilan mutlak hanya ada pada agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallhualaihi wasallam yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala , selaku pencipta sekalian makhluk .






- mungkin tulisan aku ni boleh menyebabkan orang x faham , mungkin ada ... sebab aku x dapat nak menulis pemahaman , perasaan aku dengan lengkap dalam blog ni ... sendainya aku mempunyai ilmu untuk menulis , mungkin aku dapat menulis dengan lebih baik ... so , aku nak nasihatkan , lebih baik korang fikir dulu dalam dalam apa yang aku tulis , ok ? kalau x , mungkin koranng boleh sesat or misunderstanding ... harap x la ... :)
 -








No comments:

Post a Comment