Assalamualaikum ,
Moshi-moshi ,
kehidupan masyarakat Malaysia hari ini semakin mencabar dari pelbagai aspek ...
aspek kewangan , keselamatan , kebajikan , pendidikan , keperluan asas dan sebagainya ...
benda-benda ni jadi kerana kita ditakdirkan untuk mendapat sebuah Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh mereka-mereka yang aku rasa x pandang pun jawatan yang diorang pegang sebagai amanah , sebaliknya hanyalah jawatan semata ...
benda ni ada hikmahnya ...
x de penyakit dalam dunia ni yang x de penawarnya ...
dan x de masalah dalam dunia ni yang x de penyelesaiannya ...
Alhamdulillah ...
sejak awal lagi , kita dikurniakan dengan barisan pimpinan yang aku kira diorang faham dan rasa apa yang kita , golongan marhaen rasa ...
x nak cakap lebih ...
aku teruskan apa yang aku nak cakap kepada wakil rakyat aku ...
N-29 Dun Seri Serdang dan P-103 Puchong ...
aku nak cakap soal masalah-masalah besar yang aku rasa 2 wakil rakyat aku ni faham dan tahu sejak sekian lama ...
*Ekonomi ,
kerajaan pusat hari ni aku serius x tahu diorang ni ada dendam apa dengan rakyat sampai sanggup tekan rakyat sendiri dengan macam-macam benda ...
so , semua benda tu tekan rakyat terutamanya dari aspek ekonomi ...
dengan kenaikan harga barangan , Good Service & Tax , tol , taif bil elektrik dan air yang naik x kira masa , bil pendidikan yang tinggi , dll ...
jadi ...
aku harap wakil rakyat aku dapat bersama masyarakat dan tolong rakyat untuk meningkatkan hasil perniagaan mereka ...
banyak benda boleh buat seperti menyelesaikan masalah peniaga yang kekurangan modal , tidak mendapat suatu pusat khusus untuk menjalankan perniagaan , suasana kawasan perniagaan dan sebagainya ...
mungkin wakil rakyat ni boleh mendesak kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang membelenggu peniaga peniaga kecil supaya perniagaan mereka dapat melepaskan mereka daripada lilitan tekanan ekonomi hari ni ...
*Pendidikan ,
pendidikan penting untuk melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa di hari kemudian ,
aku setuju dan cukup gembira dengan cadangan kerajaan negeri yang mahu membina 3 buah pusat tahfiz di negeri Selangor ini ...
Alhamdulillah ...
pendidikan perlu diberikan sama rata kepada setiap orang ...
wakil rakyat perlu cari setiap ceruk mana bagi memastikan tiada seorang pun anak-anak kecil tidak mendapat peluang belajar di sekolah ...
wakil rakyat perlu cari , sebab pendidikan penting untuk setiap orang ...
wakil rakyat juga perlu memastikan mereka yang kekurangan kewangan untuk memastikan pendidikan anak-anak mereka terjaga , dibantu dan disokong ...
setakat ni , aku nampak 2 masalah ni yang penting ...
kerajaan negeri gak aku rasa kena cari solving untuk kemudahan-kemudahan asas rakyat cam elektrik yang harganya melambung tinggi , moga jumpa la ...
kami rakyat bukannya pemalas dan tidak berusaha untuk menjadikan diri kami cemerlang , cuma kami ditekan dan disekat , kerana itu kami meminta pelbagai kemudahan & pertolongan ...
No comments:
Post a Comment