Friday, 7 December 2012

request x shawl x MINES x mukmin

salam n moshi moshi ,

setelah beberapa hari aku x update blog ni ,
aku nak cuba lah update ,
hehe ,
semoga berjaya lah ,
HA FI ZU .

akhirnya SPM telah melabuhkan tirainya dengan mencatatkan satu kenyataan yang agak pasti bahawa soalan soalan spot semuanya tak boleh nak diterima + tiada soalan SPM yang bocor ...
[ quote from Are - cept n SAMBBST SPM candidates ]
aku pulak melayari bahtera perjuangan SPM aku dengan keadaan yang sangat menyesakkan ... dan menyedihkan ,

tapi ,
SPM bukanlah satu topik yang aku highlightkan untuk post aku kali ni ,
ianya berkenaan pengalaman aku menghadapi suatu fenomena perkataan yang baru aku dengar ,
it is s.h.a.w.l.

serioudly aku x tahu menahu pun pasal shawl ni ,
shawl ni apa ?
demi menjawab persoalan ni ,
aku mengajukan beberapa soalan yang bertubi tubi kepada member member aku seperti Shuk , Daus Cool , Mukmin , dan lain - lain ...

dan .. dari mana persoalan shawl ni bermula ?
dari mana sebuah entiti perkataan ni memulakan penaklukannya keatas minda anime aku ?

exactly ,
kitorang pelajar kelas 5 ikhlas akan buat jamuan kelas pada hari khamis 6 Disember 2012 bersamaan tarikh terakhir pelajar kelas 5 ijtihad menamatkan exam SPM diorang ..
dan kitorang main tukar tukar hadiah ,
kita akan dapat 3 request dari orang yang kita kena kasi , n sebagai mengisi tabir keadilan , kita dibenarkan untuk menghantar request kita .. tetap 3 .

tapi request pun kenalah berpada - pada ,
x kanlah nak kasi request cam suruh jadi isteri/suami k minta mac air or sebuah lamborghini contohnya ,
that's what people sound it as ,
" kau gila " .


tapi , mungkin ada sedikit pengecualian kalau korang minta kat rosmah as long as abang najib dia still berkuasa ...

request yang aku dapat ,
- jam yang nampak vogue ... ( vogue tu apa ?? .. bergayalah .. ohhh )
- shawl + pin ... ( shawl mean what ?? )
- purse warna hitam + merah ... ( purse tu apa ?? .. dompet pompuan .. ohh , lupa lak .. )

then tu lah ,
aku ni bukanlah jenis yang pandai untuk buat sebarang keputusan atas sesuatu yang aku x pasti ,
cam biasa aku tanya member aku , A.I.S ,
dia kata it's better kalau aku belikan shawl sebab kalau aku beli purse ngan jam yang murah , cepat rosak ,

so aku tanya lagi sekali , shawl tu apa ?
shawl ni cam selendang yang lilit kat badan , shawl ni cam selendang , shawl ni , shawl tu ,
pelbagai jawapan yang aku dapat ... haha .
macam macam ...
so ,petang tu , aku pun pinjam corby Nizam yang tengah layan lagu dalam bilik ping pong sambil menyaksikan perlawanan antara Wali dengan Nazzerie ,
berbekalkan alasan " sekejap je .." ,
aku pun google untuk tahu macam mana bentuk shawl tu .. [ time ni tahu lah yang shawl tu selendang ]

fine la , aku tahu shawl tu selendang n camner aku nak beli benda tu ??
kalau request tu dapat time aku kat rumah tahan lah ..
de , aku kat hostel .. time SPM lak tu ..

nasib baik ada gap sehari antara paper arab dengan paper pqs ,
ok lah , aku plan dengan Mukmin untuk keluar ke MINES time hari tu ,


selasa , 4 Disember 2012
kitorang gerak keluar pukul 9.30 pagi berjalan ke bus stop salak tinggi ,
malam sebelum tu Syafiq Dewan ngan Haiqal nak follow tapi x jadi ,
so , kitoran gerak berdua je la ..
dari situ kitorang ke KTM Nilai n naik sampai ke Serdang , 11.30 kitorang punya arrival ,

alhamdulillah jumpa gak shawl tu ,
request aku dia minta shawl + pin ,
pin aku x pandai pilih so aku beli dua shawl ,

shawl yang pertama aku beli kat kedai , chinese yang jaga ,
agak lama gak kitorang kat situ n siap minta kakak cina tu gayakan shawl yang kitorang pilih ,
membar aku , Mukmin dah malu dah , aku pelik , apsal malu ??
dia kata appearance kakak tu yang buat dia malu ,
haha ,

lepas tu beli beg untuk shawl aku tu , si member aku beli wrapping paper ,
jalan jalan kitorang terjumpa satu kedai yang jual shawl gak ,
beli lagi sebab aku x beli pin , reti pilih .
so aku ada dua shawl , Mukmin pun beli shawl gak ,
sebab mukmin dah beli shawl , kitorang gerak lagi sekali cari paper bag ,

lepas tu kitorang gi isi perut ,
disababkan duit aku dah makin berkurang dengan mendadak ,
aku telan A.B.C. je ( makan + minum ) ,

then . cari surau demi menunaikan tanggungjawab sebagai hamba ,
dalam pukul 2 cam tu kitorang pun melangkah keluar nak balik ,
alhamdulillah kitorang dipermudahkan n sampai kat salak tinggi dalam pukul 4.30 petang ,
walaupun kat KTM tadi hujan , nasib baik hujan tu x sampai kat salak tinggi lagi , hanya renyai - renyai salam perkenalan nak hujan ,

so , tu lah aku punya trip pergi balik mendapatkan shawl ,
berapa banyak aku spend , not telling la ,
penting duit kertas aku dah habis n tinggal syiling jer ...
anyway pun , aku puas lah sebab aku dapat gak rasa keluar dengan Mukmin , gi MINES pulak tu yang merupakan first time gak .. experience baru pun dapat gak , sempat gi shopping walaupun ditengah tengah exam SPM , baca buku ? baca lah sikit tapi malam memang aku ngan Mukmin tidur awal , penat , nasib baik paper pqs esok start pukul 2 petang , pagi tu ada masa sikit nak baca ,

well , aku harap orang yang aku kena kasi tu , Aina , suka n boleh terima ,

aku gak nak ucap  Terima Kasih yang x terhingga kepada Mukmin sebab sudi temankan aku cari request ni ,
walwaupun dia kata yang dia dah lama x datang MINES , kira nak ubat rindu lah , anyway , tetap terimas gak kat kau member , sebab banyak support aku ... Terima Kasih .