Monday, 25 March 2013

[idea] forbidden of life

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,
Moshi - moshi ... minna-san ~ ,
Alhamdulillah ,
hari ni aku dapat satu idea baru untuk sebuah kisah ,

sebelum sebelum ni biasa kalau aku tulis aku x sebutkan nama watak ,
so kali ni and so on aku akan menamakan watak aku ,
tapi just in any case ,
nama tu aku just bagi sahaja ...

zed ialah seorang rakyat biasa bagi negara Malaysia ,
namun sesuatu telah mengubah seluruh hidupnya ,
disebabkan oleh kelantangan mulutnya ,
dia dibuang negara ,
atas kesalahan bercakap kasar dengan Sultan ,

dia dibuang ke negara Eropah ,
di sana ,
dia mengahadapi suatu tempoh kesukaran untuk hidup selama sebulan ,
dia berseorangan ,
tanpa duit dan sokongan ,
dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan , minuman , tempat tidur dan sebagainya ,
adakalanya dia dibelasah oleh mereka yang kasar ,

dan selepas sebulan ,
dia diambil oleh seorang gadis Eropah yang berumur lingkungan 20-an ,

gadis itu tidak beragama ,
dan tidak pula dia mendiskriminasi seorang yang beragama ,
berambut kuning panjang ,
dia merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta di bandar ,

dia mengambil zed disebabkan oleh perasaan kemanusiaan yang ada dalam dirinya ,
pada awal mereka berjumpa ,
zed segera menyatakan bahawa dia seorang Muslim ,
namun gadis tersebut yang bernama miley tidak mempedulikan apa anutan zed ,
dia tidak kisah asal dia dapat membantu zed ,
zed yang ketka itu tidak larat hanya menerima pelawaan miley ,
mereka ke rumah miley ...

miley seorang yatim piatu yang tinggal di sebuah rumah milik sendiri ,
rumahnya berada di tanah miliknya sendiri ,
sebuah rumah dan tanah yang dibeli menggunakan hasil titik peluh miley sendiri ...

sebelum tiba ke rumah miley ,
mereka singgah di sebuah kedai runcit ,
miley membelikan zed makanan dan minuman ,
namun zed keberatan untuk menerima memandangkan dia ragu ragu akan status halal haram makanan dan minuman tersebut ,
namun miley menerangkan bahawa makanan dan minuman itu tidak bercampur dengan unsur unsur yang diharamkan makan kepada muslim ,

zed tetap meraguinya ,
miley menarik tangan ( tangan miley berglove ) zed kedalam keda runcit berkenaan ,
miley meminta tuan kedi tersebut supaya menerangkan status makanan dan minuman tersebut kepada zed ,
tuan kedai tersebut menyatakan bahawa makanan dan minuman tersebut berstatus halal kerana ia diambil dari sumber yang halal ,
tambahan pula dia merupakan pembekal makanan dan minuman halal kepada pelajar pelajar muslim di bandar tersebut ,

"ha kan , x percaya lagi k ?" , miley ...
zed masih diam ,
"hmmm .... " , miley mendengus lembut sambil tangannya mencapai sebuku roti ,
di duduk di hadapan zed ,
"ah~~" , kata miley kepada zed sambil tangannya menghulur roti untul suapkan ke mulut zed ,
"eh eh ... " , zed terkejut dn malu dilakukan seperti budak kecil oleh miley ,
"a~~~~mmm" , miley segera menyuapkan roti tersebut ke mulut zed ,
tuan kedai hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua ,

sebelum mereka meninggalkan kedai tersebut ,
tuan kedai tersebut menyatakan kepada zed bahawa miley merupakan seorang gadis yang baik ,
walaupun dia seorang yang suka berseronok ,
tapi dia umpama cahaya yang menerangi kegelapan seseorang ,
zed yang tidak mengenali miley secara mendalam hanya menerima kata-kata tuan kedai tersebut ,
"cahaya yang menerangi kegelapan seseorang ?" , zed mengimbas kembali kata - kata tuan kedai tersebut dalam perjalanan dia dan miley ke tempat tinggal barunya ...

di rumah ,
miley meminta zed untuk membersihkan badannya ,
miley menyediakan zed beberapa helai bajunya ,
selepas zed mandi ,
miley mengajak zed untuk berbincang mengenai kehidupan mereka berdua selepas ini ,
perbincangan dilakukan dengan menjadikan konsep tolak ansur sebagai asas persetujuan mereka ...

kemudian bermulalah kehidupan mereka ,
miley walaupun seorang gadis yang cantik tetapi dia tidak pernah memiliki teman lelaki ,
bagi dia ,
lelaki umpama bahan untuk dia meluaskan nafsunya sahaja ,
setiap malam miley akan keluar untuk berseronok bersama kawan - kawannya di kelab kelab malam ,

zed tidak boleh menegur kelakuan miley itu kerana ia sebahagian daripada persetujuan yang dibuat oleh mereka ,
zed dibenarkan untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran dala rumah miley dan miley tidak boleh melarang kelakuan zedd itu kerana ia sebahagian daripada persetujuan yang juga telah dibuat dengan syarat zed tidak mengganggu miley ,
itu antara persetujuan yang dicapai oleh mereka ,

zed memulakan hari pertamanya dengan mendapat tawaran kerja di kedai runcit semalam ,
hal itu dibincangkan oleh tuan kedai dan miley ,

di bandar eropah yang mana kedudukan penganut agama Islam berada di tahap minoriti ,
zed mempelajari , memahami , menghadapi cabaran yang menjadikannya lebih tabah untuk menghadapi hidup ....



aku ada fikirkan pengakhiran bagi cerita ni ,
kira cerita last nanti miley peluk agama Islam ,
tapi aku x buat ending dia happy camtu sebab aku fikirkan yang miley mati ,
kira dia mati lepas peluk Islam ,
tapi dia peluk Islam dengan member dia ,
so ,
member miley tu nanti kahwin dengan zed ,
dah macam tu ... zed lak dibenarkan untuk kembali ke malaysia lepas kes dia dengan sultan diselesaikan dengan cara yang sangat mudah ...
and in teh end ,
zed akan faham kenapa kenapa orang gelar miley ialah cahaya yang menerangi kegelapan seseorang .





No comments:

Post a Comment