Monday, 11 March 2013

[idea] aku terfikir satu cerita ...

Salam n moshi - moshi ,

so erm , camner ngan korang punya 3 bulan tahun 2013 ?
dah mula k korang punya step untuk mencapai impian korang tahun ni ?
[sebuah bentuk pendahuluan penulisan yang membosankan]

ok ,
post aku kali ni bertajuk " aku terfikir satu cerita ... " ,
so aku nak kongsi satu cerita yang aku x fikir jalan cerita dia sampai habis ,
tapi aku dapat idea permulaannya jer ,
so mungkin bukan suatu yang pelik kalau aku nak tulis dalam blog ni ,
memandangkan benda ni aku hanya di fikiran aku + aku x tulis atas kertas ,
so ,
ni ialah cerita yang anda tidak tahu ... hehe .

kisah mengenai seorang gadis comel dan sangat positif dalam kehidupan sehariannya ,
exactly x der nama yang spesifik aku kasi lagi kat main character ni ,
jadi aku cuba huraikan mengenai peribadi karakter utama mengikut apa yang aku inginkan ,

*Hana merupakan seorang pelajar di salah sebuah sekolah agama di Bandar Baru Salak Tinggi , Sepang ,
pada tahun ini dia merupakan pelajar tingkatan 4 dan akan menduduki peperiksaan S.M.A. ,

Hana merupakan seorang gadis yang berasal dari keluarga tukang kayu ,
pekerjaan utama keluarganya ialah ukiran kayu , keluarganya sangat mahir dengan seni ukiran kayu yang pelbagai seperti perabot , peralatan masakan , bekas makanan , aksesori dan sebagainya ,

selain itu , keluarganya juga membuat perniagaan kuih muih tradisional dan sangat diminati oleh masyarakat sekitar , malah perniagaan kuih muih mereka berkembang sehingga ke luar negara , walaupun tidak popular , namun masyarakat antarabangsa sangat meminati kuih muih hasil tangan keluarga Hana ,

oleh itu ,
Hana memiliki beberapa kemahiran yang diwarisi dari ibu dan abahnya ,
malah setiap adik beradik mereka juga mewarisi kemahiran tukang kayu & pembuatan kuih muih ,

menjalani kehidupan hari ini sangat mencabar ,
sehubungan itu ,
Hana memutuskan untuk terus melangkah dan mendepani cabaran & ujian yang mendatang dengan positif dan sentiasa tenang ... seperti yang dididik oleh keluarganya ,

Hana merupakan seorang yang ceria dan sangat baik dengan orang di sekelilingnya ,
didalam keluarga ,
dia umpama cahaya yang menerangi setiap bayang kesusahan , kerisauan , kegusaran yang melanda seterusnya memadamkannya ,

Hana juga merupakan seorang gadis yang sangat taat akan perintah agamanya [ Islam ] ,

di sekolah ,
Hana terkenal dengan sifat yang peramah & baik dengan semua orang ,
namun begitu ,
dia tidak pernah menjadikan sifatnya itu sebagai sesuatu yang tidak baik & menjengkelkan orang lain ,
oleh itu ,
dia sangat berhati - hati dengan tingkah lakunya ,
good is good & bad is bad ,



erm ,
rasanya tulah untuk permulaan cerita yang aku nak kongsikan ,
karakter ni hasil inspirasi aku daripada karakter Tamako [ Tamako Market ] ,














mungkin korang dapat faham sikit mengenai karakter yang aku hurai ni bila korang tengok anime Tamako Market ...

*ni nama aku kasi je . x tetap dan boleh berubah bila dirasmikan .

No comments:

Post a Comment