Saturday 23 March 2013

[idea] rasa rasa kehidupan

Assalamualaikum dan moshi - moshi ,
yo! yo! korang korang semua ,
apa cerita ?

Alhamdulillah aku dapat satu idea untuk sebuah cerita baru ,
walaupun banyak cerita cerita aku yang aku tulis sebelum ni tertangguh ,
tapi tu x patahkan rezeki ak untuk dapat idea idea baru untuk mengarang sebuah cerita baru ...

idea baru ni aku dapat bila aku terfikirkan satu perwatakan yang aku tertarik ,
perwatakan seorang lelaki yang bersahaja ,
raut wajah dia rilek jer ... macam x kisah apa yang jadi kan ... x pun muka yang x de perasaan gitu ,

biasa karakter gini dia kurus ... rambut x tentu ,
pakaian lak biasa biasa je ... x de nak stylish sangat ,
lepas tu lak karakter gini biasanyer ada karisma or coolla senang cerita ...

sebuah kisah/cerita berkisarkan kehidupan seorang anak muda berumur 17 tahun yang tinggal bersendirian dalam sebuah rumah sewa ,
kawasan perumahannya ialah kawasan perumahan yang terdiri dari majoriti berbangsa melayu dan minoriti berbilang bangsa ,
dia ni pelajar sebuah sekolah agama menengah dalam daerah di selangor ,

buat masa ni aku x putuskan lagi sebab dia tinggal bersendirian ,

di sekeliling rumahnya terdapat beberapa orang yang sama sekolah dengannya ,
sama ada junior ... pelajar sekelas mahupun gurunya ,

kisah ni tertumpu kepada perjalanan kehidupannya tinggal bersendirian ,
lepas tu sokongan yang dia dapat dari masyarakat sekeliling ,
kira ni kisah masyarakatla ...

watak ni biasa kat rumah dia hanya berkain pelikat ngan t-shirt ,
bila aku tulis kain pelikat ,
x bermakna dia ni serabai ,
kain pelikat smart bila si pemakai dapat lipat dengan baik dan kemas ( serius !! ) ,

dia ni rapat dengan sorang pelajar kelasnya yang pandai tapi pendiam ,
kawan kelas dia ni perempuan dan agak kurang komunikasi dengan orang ramai ,
tapi dia ada kemahiran menjahit ,
so ,
biasanya karakter yang aku bikin ni dia minta kawan perempuan yang pendiam ni supaya jahitkan dia pakaian ,
diorang ni kira dah kawan lama ,
so ,
banyak antara pakaian karakter utama cerita ni kawan perempuan dia ni yang jahitkan ,
cam baju sekolah ... baju melayu untuk perayaan besar ... cosplay ( karakter lelaki ni minat anime ) ,
biasa material jahitan cam kain ... benang ... ukuran ,
memang karakter utama ni akan sediakan ,
mengikut perjanjian yang dibuat antara diorang ...

risiko atau halangan yang aku nampak atau dapat lihat setakat ni ialah cam kurang pengalaman mengenai kehidupan berdikari ,
aku kurang pengalaman dalam kehidupan bersendirian ,
kehidupan berdikari ,
jadi aku kena minta beberapa pendapat dari mereka mereka yang mempunyai pengalaman hidup bersendirian ,

anyway ,
aku harap ,
aku dapat karang sebuah cerita yang best dari sejemput idea ni ,
Amiin ...


No comments:

Post a Comment